Pengenalan
AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun bisa dikatakan tubuh untuk melawan penyakit.
Penerangan
AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada :
� pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal
� beberapa jenis kanker yang jarang-jarang berlaku
Asas Saintifik
HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggung jawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.
Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa :
� Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu
� Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu
� Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh.
� Fasa 4 - pesakit mulai mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanker termasuk Sarkoma Kaposi.
� Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang parah dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.
Penyebab
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya bisa dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.
HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti:
� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan
Perebakan
AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.
Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:
1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina
2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur
3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah
Transmisi/Jangkitan Virus AIDS
Virus HIV wujud di dalam tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini bisa merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:
� Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom) bersama-sama individu yang telah dijangkiti
� Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain.
� Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung
� Daripada organ, sel darah atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ)
AIDS tidak bisa menular melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:
� Berpegangan tangan
� Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak
� Berjabat tangan
� Bekerja bersama
� Bermain
� Ciuman ringan
Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :
� berbagi makanan, tempat umum seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk
� menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali saja. Mereka yang tidak AIDS adalah digalakkan untuk menyumbang darah.
� proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang di sumbangkan di Indonesia telah disaring untuk mendeteksi kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.
� menggunakan piring, sendok,dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak dapat hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dicuci seperti biasa akan membunuh virus AIDS.
Faktor-Faktor Risiko
Jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut, anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk terinfeksi HIV/AIDS
� Melakukan hubungan seks dengan bergonta ganti pasangan dari jenis kelamin
� Melakukan hubungan seks dengan pelacur
� berbagi jarum di kalangan pemakai narkoba
Insidens
AIDS pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Sejak itu ia telah menjadi masalah kesehatan yang penting di seluruh dunia. Tanda-tanda dan gejala
Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
� Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui asalnya
� Cirit-birit dan batuk yang kronis selanjutnya
� Demam yang berpanjangan. Demam ini terjadi secara perlahan ataupun berterusan
� Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
� Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit
� Kandidiasis di mulut dan tenggorokan. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
� Infeksi herpes simpleks yang berulang kali. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.
Komplikasi
Oleh kerana pasien AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sehat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:
� Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang bisa membawa kematian. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS
� Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan bisa menyebabkan buta.
� Sarkoma Kaposi merupakan kanker berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.
� AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari
by deeyan on 18/12/2008, 12:10 am
Ujian-Ujian
Bagi
memastikan kewujudan kuman HIV dalam tubuh seseorang, satu ujian darah
boleh dijalankan (Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA,
Aglutinasi Partikel). Ujian-ujian ini bo
Tidak ada komentar:
Posting Komentar